tidak berapa setuju

Sejak kamu duduk rumah ni ada rasa apa-apa tak?” tanya dia di sebuah asar yang damai.

Terus aku berhentikan sekejap audio alquran dan lecture note dari laptop.

Terus aku tumpukan telinga kananku ke arah yang bertanya.

Apa dia?” soalan yang sama diulang.

Takde rasa apa-apa pun. Awak rasa apa?”

Kamu dah duk sini berapa tahun?

Sejak tahun dua. Awak rasa apa?” tanyaku. Muka lucu takut.

Takde apa. Nampak je.

Aku buat wajah takut-takut lucu lagi. Menyengih. Dia ni, biar betul.

Dia ketawa. Barangkali geli hati melihatkan aku.

laa.. bagitahu lah!!“.

Eh takpelah..” sambil ketawa dan beralih ke ruang lagi satu.

Termangu dan kembali mendengar audio alquran.

Perhatian dikembalikan ke lecture note tapi masih dicampur balam-balam maklumat yang diterima sebentar tadi.

Petang asar yang damai dan tumpuanku, sila jangan berganjak.

~~

Setelah itu, inikah bicara yang kau pilih untuk memecahkan kesepian? Ternyata aku tak bersetuju.

~~~~

1. Semuanya makhluk Allah.

2. Allah jaga manusia.

3. Ada orang yang suka ‘menyalahkan’ shaitan dalam hal yang mereka tak dapat (atau tak mahu) fikirkan dalam-dalam. Bukan sekali aku dengar yang seperti ini.

4. Oh ya. Bilik ni aku belum bersihkan lagi lantainya setelah terkena jangkitan telinga tempoh hari. Shaitan sedang suka barangkali. Wah ini satu peringatan bagiku.

Oh ya dan ini artikel pertama yang bersifat begini.

Selepas ini, entah bagaimana pula sifatnya. Wallahua’lam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s