meniti jambatan kenangan…menuju syukur di perhentian.

Semalam dan hari ini adalah dua hari yang momentumnya telah sedia tinggi.

Aku taklah menunggu hari ini untuk tiba tapi bagaikan berabad aku sentiasa saja diingatkan bahawa hari ini pasti akan terjadi akhirnya walau aku tak mahu. Sentiasa bagaikan sebuah amaran yang menyentak minda lalaiku.

Aku tak bersedia apa-apa untuk hari ini. Dalam banyak-banyak hal yang akan berlaku, hanya satu saja yang aku hamparkan buat ta’akulan minda.

Iaitu kenangan dan perpisahan. Satu kerlipan permata mata dan hati bakal menghilang. Bagi aku ini bukanlah satu yang mudah. Mujur aku bukan seorang. Alhamdulillah.

~

Aku harap ini adalah sebuah jambatan, bukan lagi sebuah perhentian.

Advertisements