terpisah atau satu?

When you prostrate, tell Him your secrets and don’t let anyone nearby hear you.

Confide Him with your tears, for He’s the owner of your heart.

-Ossama El Shamy-

~

~

Rasa seperti ada salahnya kalau aku katakan “Perasaan; tiada berpenghujung”. Kerana yang tidak berpenghujung itu hanyalah Allah yang Maha Kekal. Walaupun aku asalnya setuju, bahawa jika dibandingkan ilmu dan perasaan, perasaan mampu pergi lebih jauh.

Mungkin kerana tertambat oleh ilmu itulah yang menyebabkan perasaan akhirnya berpenghujung juga (?)

Aku mengalah. Aku tidak tahu.

~

Terasa seperti baru saat ini disedarkan bahawa Allah banyak mengajarkan agamaNya ini dengan amat berlemah-lembut dan berhati-hati. Sedangkan kita (saya) inilah yang tidak berhati mungkin malah berperut. Secara kasar saja menerima ayat Tuhan di telinga dan kerongkong.

Allah mengetuk pintu hati dengan berhati-hati dan menyentuh perasaan untuk dibukakan jalan penyerahan diri. Takjub sekali kerana seolah-olah pada saat ini aku diberitahukan bahawa ayat-ayat Tuhan bisa saja menggabungkan ilmu dan perasaan dengan tiada sempadan antara duanya. Tiada yang sebegini di luar perkarangan alQuran.

Seolah-olah baru saja tersedar bahawa sepanjang hidup kita ini telah terasing dari ilmu hati dan perasaan. Mungkin saja inilah sebabnya hati kita selalu tenat. Lalu ayat-ayat Allah yang bersih dan mulia itu susah untuk dekat.

~

Dulu kita tidaklah dapat bercakap dan menulis perkara-perkara sedekat perasaan seperti ini. Rasa terlalu asing bahkan kita tidak suka bercakap tentangnya.

Terlalu jauhkah kita, jika begitu?

Ya, mungkin kita terpaksa telan hakikat yang pahit ini.

~

Kita mungkin telah terlalu jauh dan perlu kembali membersihkan segala-galanya

dengan BERHATI-HATI.

Advertisements

2 thoughts on “terpisah atau satu?

  1. ada baca kat fb awak pasal berpenghujung tu tp lupa nak tulis.
    saya rasa perasaan berpenghujung.ilmu yang tak berpenghujung.
    mungkin dari salah satu cara tafsiran.
    perasaan berpenghujung,sebab ia digantikan dengan perasaan2 yang lain yang juga ada penghujungnya.Ilmu tidak berpenghujung sebab ilmu bersambung2,kerana ia berkait antara satu sama lain,tidak boleh dipecahkan2 seperti dibuat oleh mata kasar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s