[Isa Kamari] Sumur Usia – Mawar

hidup sebagai mawar

di tengah padang belukar

adalah suatu pertapaan yang sunyi

sewaktu-waktu keasingan ini

akan menjelmakan pergelutan

antara harga diri

dan kemurahan hati

bila angin dan hujan

memaksa kau memilih

antara kerinduan yang memanjang

dan kerelaan yang pedih

bila kau biarkan kelopakmu gugur

satu demi satu

kerana asas kebahagiaan

adalah kedamaian dalam hidup

biarpun sesingkat musim

yang berlalu

biarpun wangi baktimu

akan luntur ke bumi syahdu

kedewasaan yang memerah

harus mengajar kau menerima

di tengah masyarakat belantara

kekadang kau dianggap

sebagai belukar

di tengah padang mawar

kerana embun

mudah lenyap

sebelum mentari menerangi segalanya.

sememangnya benar

sering dalam hidup ini

mawar hanya tumbuh

di pinggir syurga

1984

~

Sememangnya baru sekarang aku macam faham maksud tulisan ini.

Aku menganggapnya sebagai sindiran yang berhikmah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s