true..

‎’The heart will rest and feel relief if it is settled with Allah and it will worry and be anxious if it is settled with people.’ – [Ibn al-Qayyim]

Advertisements

4 thoughts on “true..

  1. Nyaman dengan kedinginan malam
    Dihiasi ketenangan sujud dan gementar doa
    Dengan alunan indah bahasa syurga bak seruling.
    Malam semakin larut
    Jemaah semakin surut
    Sheikh telah pun berangkat
    Masing-masing terus mencari harapan ke destinasi seterusnya
    Harapan yang diusahakan
    Dengan jerih dan tangis hamba
    Dalam pekat malam Ramadhan.

    Janganlah sangkaan-sangkaanmu merosak taubat
    Janganlah bisikan-bisikan syaitan memusnah harapan
    Jangan biarkan.

    Kerana sangkaan-sangkaan manusia itu
    Seperti panahan oleh si pemanah
    Jika tepat panahannya,selamatlah ia
    Jika tersasar,nahas menunggu

    Kerana sebahagian dari sangkaanmu itu
    Boleh menarikmu sendiri ke lembah neraka.

    Memang begitulah kita manusia
    Tergesa-gesa.

    Dalam tangismu berdoa
    Dalam sesak dada kita sehari demi sehari
    Berdoa dan bertaubat
    Kaki tangan kita yang menyaksikan kesungguhan hamba
    Janganlah sangkaan-sangkaan kita membakar semua ini
    Menjadikannya hangus
    Berdebu
    Dan ditiup bayu malam ramadhan.
    Sia-sia.

    Jangan biarkan.

  2. Wahai tuhanku,
    Jika ini adalah satu hikmah,
    Aku telah melihatnya.

    Jika ini satu bala,
    Tutuplah aibku
    Wahai Tuhanku!

    Jika ini satu ujian,
    Kuatkanlah aku
    Wahai Tuhanku!

    Seakan-akan aku telah melihat benda paling indah dalam dunia
    Untuk dahulu,sekarang,dan masa yang akan datang.

    Wahai tuhanku,
    Sebagaimana Kau menunjukkan kepada kami hamba
    Ilmu,amal dan taqwa itu ukuran sebenar seorang manusia
    Aku telah menyaksikannya.

    Wahai tuhanku,
    Sebagaimana Kau ajarkan kepada kami hamba
    Cintakan al-Quran itu luhur dan suci
    Cintakan ahlul Quran itu memikat
    Cinta yang tidak pernah mengecewakan
    Cinta yang sejati
    Aku sedang merasainya wahai Tuhanku!

    Kurniakanlah kepada ahlul Quran sebaik-baik dan seindah-indah hadiah di dunia
    Zuriat mu’minin dan muttaqeen yang menenangkan jiwa
    Keampunan dan keredhaan hidup
    Serta syurga yang agung di akhirat kelak
    Wahai tuhanku!

    Dan kasihanilah aku
    Wahai tuhanku!

    8 ramadhan 1432h

  3. Rembat hapus kepura-puraan
    Jujurlah pada diri
    Jujurlah pada syariat
    Jujurlah pada tuhan!

    Yang kau panggil amal kebajikan itu
    sebenarnya adalah topeng kemushkilanmu
    menutup kejahilan
    dengan seruan-seruan manis
    sedang kau enggan membuka kitab
    dan membacanya satu-persatu.

    Kemanakah ingin kau lempar taat dan ikhlas?
    ke gerobok dapurmu?
    ke rak-rak kasutmu?
    ke hati-hati manusia hamba yang melayan kemushkilanmu
    dengan imbalan dunia
    dunia yang kononnya kemesraan
    tetapi menghumban semua sekali ke lembah hina
    menconteng taat bak kesombongan
    terasing.

    Lemparkan taksubmu ke lohong hitam dimana bermulanya
    kedurjanaan.
    Jujurlah pada diri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s