satu

ni baru balik dari program raya eidaladha anjuran persatuan melayu (PERMAI).

penat menunggu program habis.

macam biasa, aku di antara mereka yang tidak memberi perhatian kepada kebanyakan persembahan. sengaja buat begitu.

ada juga bising2 sikit. yang bising2 tu akulah agaknya. sengaja juga.

AJK2 program dan orang2 atasan PERMAI dah mesti bengang dengan orang macam aku. ;)

tak tahu la apa sangat cerita hari ni. bosan.

tentang alquran.

..thanking Allah for it.

 

membaca alquran tu bukannya benda yang kita buat sewaktu kita taktahu nak buat apa.

tapi alquran adalah matlamat.

 

apa2 yang kita lakukan setiap hari, perlu ditujukan kepada bagaimana kita ingin dekatkan diri dengan alquran.

mengulang alquran bukanlah perkara yang kita buat ketika kita ada masa lapang saja. kita perlu cari masa untuk menghadap alquran.

 

alquran bukan hafalan yang kita lagukan saja. dia adalah pesanan yang turun dari langit yang tinggi, yang kita mesti rasa dan fahami.

..thanking Allah for this blessing.

 

solat itu tiang agama.  we ask things from Allah dengan solat. solat/doa itu ibadah yang kita boleh lakukan selalu. setiap masa di mana saja.

alquran itu apa yang kita mahu dengar dari Allah.  yang kita boleh buka bila2 masa selagi diri mahu. adakala menjadi pengubat kepada banyak penyakit.

 

but all in all, kepada orang awam seperti aku, cukuplah aku kata; solat dan alquran itu memberi aku ketenangan yang tidak tergambarkan. ketenangan yang “jika pembesar2 dunia ni tahu hakikatnya, sudah pasti mereka akan datang dengan senjata dan peperangan untuk merebutnya dari orang yang memilikinya”.

kalaupun ada sehari aku buat perkara paling bagus sekali dalam hidupku, tidaklah hari tu boleh dikira bagus kalau aku tidak membaca alquran.

barangkali hanya dengan keinginan yang tinggi saja, seseorang itu boleh menggapai apa yang diimpikannya.

kerana tidak ada apa2 yang manusia lakukan, melainkan niat di hati yang ikhlas dan geraklangkah yang diredhai. selebihnya kerja Allah s.w.t. yang maha pemurah dan adil.

kita ingin sekali orang lain merasai apa yang kita rasakan, tapi kita tetap tak berjaya melakukannya.

sebab kita tak tahu apa yang orang lain rasa. kita hanya perlu buat ‘kerja’ kita yang terbaik.

 

‘kerja’ yang bukan ‘kerja’. tapi adalah kepuasan, kesyukuran dan keredhaan Allah di akhir nanti.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s