Aside

aku mahu ambil …

aku mahu ambil masa untuk diam sejenak dari study yang tak habis2.

aku teringat beberapa diri yang aku telah ‘tinggalkan’ beberapa tahun dulu.

aku kira, aku mampu melupakan apa yang telah terjadi dan meredhakan sahaja.

lagipun pada waktu dulu tu aku masih kecil dan hingusan, tak pandai membuat keputusan.

mereka yang aku ‘tinggalkan’ tu, benarkah aku yang telah ‘meninggalkan’?

ataupun masing-masing dulunya kehilangan arah?

yang meninggalkan tidak tahu apa yang ditinggalkan,

yang tertinggal tidak tahu apakah yang tidak sempat mereka capai.

dulu tu aku masih ingat ada yang nampak yakin dan lebat bersuara

sampai aku pun terbawa-bawa dengan rentak itu.

minta itu dan ini, tapi hakikat sebenarnya, belum kenal diri sendiri.

ini aku yang melihat ‘aku’ yang telah kutinggalkan.

aku telahpun redha dan mahu berdamai

dengan mereka yang telah aku ‘tinggalkan’ semuanya.

aku tidak memandang sebarang beza.

tiada siapa yang mampu membuat garisan perbezaan

melainkan jika diri masing2 ada menyimpan sebarang rahsia.

tapi

aku rasa penat sekali

bila sekali sekala rindu lalu

dapat melihat wajah mereka

namun

nampaknya masih ada calitan kisah lama

pada wajah yang diconteng kegembiraan

..aku tahu, mereka belum dapat melupakan….

ataupun lebih tepat

..mereka belum memahamkan..

punca susahpayah yang telah berlalu

yang padaku, itu hanyalah kerana

kita semua pada waktu itu

belum matang,

wahai teman..

dalam diriku ada berjuta-juta kecintaan. sayang sekali, taman hatimu masih dalam pencarian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s