Aside

masa aku tengah…

masa aku tengah bergelumang dalam gunungan kertas2 tadi, aku terjumpa balik tulisan ni. ni Lela yang tulis dekat blog lama dia dulu. pernah dipublishkan dalam majalah KMKJ. aku baca balik. lama merenung bacaan ni. berjaya mengetuk pintu hati yang dalam. bacalah kalau rajin..

written by Lela. Mar 4, ’08 11:10 PM

semalam masa bertembung ngan suhyu kat tangga hostel, suhyu nampak sangat dull dan sedih..”komenden came to our room and scolded me”

”why?”………..”she said our toilet is very old and she asked us to remont by ourselves before monday”………………..”if by monday wont finish?”…………..”she said we cant live in hostel

anymore”………………………………………………………………………..”how did she scold u?”…….”in front of two other russian guys..until i didnt have any more dignity!”..hoho

funny, actually i was just coming back from bayar yuran hostel sem ni!

apakah??

kelakar pon ada..

harini,suhyu beli cat dan simen.tadi balik je kelas saya terus amik shift mengokok cat2 lama kat dinding bath tub toilet..kikis2 dengan pisau potong daging..nampak senang tapi bila buat sendiri aduuuuhhh terpulas2 tangan ni ha.sabar je lah.lepas kikis cat2 tu baru boleh cat dinding tu….

puas mengikis cat, menyimen dinding yang dah retak dan berlubang2.satu kelemahan bangunan di ukraine ni ialah diorang guna simen yang banyak gile campur dengan pasir.so, sekali hentak je dinding tu selepas beberapa tahun ( 3-5 tahun), dinding tu boleh retak dan pasir akan berderu2 jatuh ke lantai..so, maksudnya kena selalu remont la bangunan2 kat sini kalau tak tinggal tulang je kot..nasib baiklah ukraine ni bebas dari gunung berapi,kalau tak padah jadinya…

member2 saya (termasuk yang duk kat hostel2 lain) selalu merungut pasal ketidakselesaan hostel diorang.yuran hostel dari tahun ke tahun makin naik tapi keadaan hostel semakin tak memuaskan dan hampeh.tgk aje la hostel saya ni.makin menjadi2 takde elektrik dan air dan lift plak semakin slow..dan remont pelajar sendiri yang kena buat..memang sangatlah logik perkara ini dirungutkan..tapi biasalah, suara inastrani selalu hanya dianggap sebagai ‘rungutan’ especially by our komendan.

hmm nasib berdagang di negeri orang…apa yang disuruh buat je la..apa2 yang tak setuju simpan dalam hati dan tak amalkan,tapi untuk memprotes, mungkin hanya akan meredakan marah didada namun progresnya zero..duk kat negara bangsa yang paling keras kepala ni kena berhati2 mengawal perasaan, tup tup rasa diri pun sama naik jadi keras kepala..sensitiviti diri sendiri selalu diketepikan.yang tak logik nampak macam logik…hmm bila lah boleh jadikan diri sebagai contoh sebaik2 umat? nak tak nak terpaksa mengaku yang diri hanya boleh membenci dalam hati dan cuba untuk berasa selesa dengan selemah2 iman..namun hakikatnya mahu benar untuk buat lebih dari itu!!

Sheikh Ahmad Deedat pernah berkata dalam salah satu pidatonya, it is the time for us to open our mouths and speak. we should be in the market and meet people.talk about the truth.and be ready to look like a crazy man. the prophet(pbuh) after he got the first message from Allah via jibrail, he went back to his house shivering asking umm mukminin khadija to cover him. the next day, he didnt return to the mountain again, but where was he? he was in the market, meeting people, telling them that there is no one god except Allah and that he is Allah’s messanger.saying it again and again…people said he was insane and a mad man.but he went on and on and today,everyone knows that he is the greatest man in the whole history of mankind!!

bila teringat kata2 allahyarham ahmad deedat ni, rasa diri sangatlah takde jasa langsung untuk agama yang tercinta ni.time2 dalam tranvai, saya slalu imagine diri saya bercakap2 dengan makcik2 tua cuba terangkan pasal islam..apakah respon diorang..mungkin ada yang akan suruh makcik konduktor blacklist kan saya dari naik tranvai yang hanya tambang 50 sen tu..haha gegak gempita lah penumpang2 tranvai kalau saya kasi ceramah kat dalam tu..tapi yerlah, kalau takut dengan dugaan,jangan bercakap pasal perjuangan..

mengikis2 cat yang bertahun2 bertempel kat dinding tu walaupun penat tapi betul2 menguji kesabaran dan leka tenggelam dalam dialog bersama diri …bayangkanlah bagaimana nak mengikis dosa2 yang bertompok2 ber ‘lesion2’ dalam hati ni. selama 25 tahun hati yang sama di tompok dengan dosa2..kadang2 bila terasa insaf, kikis lah jugak skek2..tapi yang datang menambah tompok2 dina lebih banyak dari yang terkikis..maka tompok2 makin bertompok..

kalau lah saya dapat lihat tabung dosa pahala saya,mesti saya akan mengalami nausea yang sangat severe.mungkin jugak akan dapat stroke dan segala symptom2 yang wujud dalam buku medicine oxford ni akan dirasa at the same time!!

kat maahad, masih ingat salah seorang dari ustaz saya cakap, bayangkanlah kalau kita buat satu dosa, habis je kita buat dosa tu, kedengaran keretapi datang dengan semboyan yang kuat memacu datang dari jauh dan semakin dekat dengan kita.keretapi tu bayangkan macam keretapi yang bawak bijih timah..tapi yang ni bukan bawak bijih timah tapi bawak ketulan2 dosa yang baru kita cipta tadi….bagai guruh keretapi tu merentasi awan membawa turun dosa2 untuk dihumbankan keatas muka kita…gerun amat bila bayangkan…itu adalah bayangan baru tu! sedangkan Allah kata benda2 ghaib adalah diluar pengetahuan makhluk,maksudnya yang sebenar lebih gerun dan kecut perut dari apa2 sahaja yang dapat dibayang dengan akal….astaghfirullah!

fikir2..kalau setakat datang sini nak belajar jadi doktor dan pulang dengan satu kebanggan melalui segulung ijazah, memang sesuatu yang macam sangat manis dan hepi..tapi bila pikir2 balik, ijazah apakah sebenarnya yang akan saya dapat melaui penilaian tuhan..4 tahun disini…sudah cukup melayakkan saya manjadi penghuni neraka????

ya Allah..andai aku dapat meminta lagi, ku minta dariMu KEAMPUNAN…

………cat2 yang kukikis..

luruh berkepingan ke lantai bath tub…

hati ini merindukan pengikis dan penyental

tuhan, andai aku dipenghujung penghabisan..

berilah aku sedikit masa lagi…….

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s