Aside

Tadi kawan-kawa…

Tadi kawan-kawan arab ajak iftar dekat markaz quran. Aku, Kinah, dengan 18 orang lagi join. Pukul 6:45 petang tunggu bas dan orang. Hampir pukul 7:00 petang sebuah bas sekolah sampai.

Pakcik berjubah putih dan bermata biru menyambut kitorang dan hantar sampai ke markaz quran tu. Perjalanan 15 minit. Langit warna oren. Matahari warna pink pekat. Cuba snap gambar tapi gagal.

Happening sangat lah majlisnya. Penuh dengan ihsan dan kesungguhan. Doa dan keriangan. Semua tu para sheikhah yang mengajar quran kat situ. Ada seorang sheikhah ni dia cerita anak dia pun doktor gigi.

Mesranya diorang. Dari tahun satu sampai sekarang, perasaan aku terhadap sifat diorang yang satu ni tak pernah lah berubah. They really know how to cheer others up. Aku yang tadi ‘ter’demam jadi ‘ter’sembuh.

Bila majlis dah nak selesai, aku tanya diorg, “Pukul berapa bas tadi nak hantar kitorang balik?” Diorang kata pakcik bas tu minta lepas tarawih. Aku kata, “Alamak diorg ni ada exam la esok”. Malu juga tawar-menawar dengan orang yang jemput kita. Tapi, tak tanya tak tahu. Tak minta tak dapat. xD

Last sekali diorang kata “OK pakcik tu boleh hantar sebelum Isha”. Lega lah aku. Diorang tadi pun entah-entah nampak je kenyang dan happy tapi dalam hati risau pasal exam esok. Walaupun ‘inshalah kher’ je sebenarnya.

“Kenapa pakcik tu minta lepas tarawih?” aku ingin tahu. Jawab diorang, “Sebab dia imam masjid kat kampung dia”.

Oh. Wow. Mashalah. Dalam perjalanan pulang, orang azan Isha. Aku pun rasa bersalah sikit dan terbayang-bayang entah-entah pakcik ni tadi bergegas-gegas cari imam ganti. Entah-entah orang kampung dia tertanya-tanya kenapa dia lambat. Entah-entah dia hafiz quran. Entah-entah bacaan quran dia khusyu’ dan merdu. Hmm..

Mana nak dengar bus driver kerja imam masjid dalam dunia ni kan….. Mungkin aku je yang cetek pengalaman (”,). Tapi, memang gempak lah.

Anyway, ada satu perkara yang akan menjaga diri kita bila kita tiada di mata orang yang mengenali diri kita; iaitu AKHLAK. Aku menyesali diri sendiri yang tidak berakhlak. Malu dengan diorang. Semoga Allah merahmati mereka.

(edited several times)

pemandangan langit di depan markaz quran at-taqwa.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s