Semalam kitorang (aku, Kinah dan ‘Masluqbah’) bermalam atas sutuh (bumbung rumah) sebab teruja sangat nak tengok perseids (hujan tahi bintang). Rumit jugak nak cari sutuh. Kitorang bukan lelaki, so kena cari sutuh yang paling selamat. Dah cuba telefon penjaga bangunan Maslukma ni, dia kata dia tak nak bagi kunci pintu sutuh.

Akhirnya, tak ada tempat lain, ke sutuh musalla tahfiz juga. Tilik punya tilik, oh, sutuh ni boleh selak dari dalam. Hooray!! Bangunan tu pun tak berkunci. Musalla tu pun, kiranya, macam rumah kedua kitorang. XD. Kalau ada orang arab tanya pun, kitorang boleh goreng jawapan. Tak lah rasa takut sangat. Hihi. Macam-macam.

Bila dah sampai kat sutuh, mula-mula sekali, terasa nyaman sangat angin malam. Subhanallah. Bulan masih belum kelihatan. Tersorok di balik bangunan yang lebih tinggi. Bila baring, pandang atas, “waaaahhhh!! inilah view yang saya idamkan selama neeeiii!!”. Huhu. Sangat mantap. Alhamdulillah.

Disebabkan rasa rugi kalau tak qiam, aku baca quran sambil baring. Maslukma sambil duduk. Tapi, pemandangan sangat memukau. Tuhan Maha Kaya. Luasnya langit. Banyaknya bintang. Keciknya kita. Kinah asyik ambil gambar bangunan-bangunan. Tak lama, aku terlihat komet pertama. “Eh eh eh!!” Kinah pun “o’oo” dan semua orang berbaring.

Sejurus itu setiap kali keluar komet, kitorang akan terduduk. Pastu terbaring balik. Pastu terduduk balik. Haha. Yang paling ‘tak boleh blah’nya, ada satu biji komet ni, sangat panjang talinya, sangat laju, dan sangat terang. Aku nampak masa aku baru berpaling. Betul-betul atas kepala. Subhanallah. Sejurus itu, langit galak berkomet. Ada la dalam ~50 biji yang kitorang nampak. Hebat sungguh. Pengalaman pertama. Antara perbualan semalam;

..

“Kinah awak nampak tak apa yang saya nampak??”

..

“Eh Nirah, awak ni kan! Saya dapat double surprises bila nampak komet. Yang first dari awak!”

..

“Kita buat contest. Sape tak terkejut, dia menang”

..

“Eh eh eh.. La kunang-kunang rupanya”

..

“Lepas ni kena sahur sambil baring”

..

Tak lama, bulan makin tinggi. Cantiknya……. Dah dapat nampak dua biji planet yang segaris dengan bulan; jupiter dan venus tu. Perfect. Maslukma yang tak pernah tak tidur malam, tak dapat tidur semalam.

Waktu kitorang sahur, aku perasan yang komet tak banyak turun. Ataupun memang masa tu kitorang galak bersahur. Qataif dengan gulai kari. Aku masak, termasin sikit tapi sedap sebab lapar. Masa kitorang nak solat subuh, ada pulak satu komet ni meluncur di arah kiblat. Haha. Tak boleh jadi ni. Lepas subuh, semua mengantuk. Kitorang tidur sampai tengahari. Maslukma pening tahap ultra. Hahaha. Ini yang best zaman bujang.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s