Aside

‘Nnele’. Mene…

‘Nnele’. Menelan. Tapi bermaksud ‘amat bersungguh-sungguh’. Perkataan dalam loghat kelantan yang baru dipelajari…. :)

Hari ni Poh cerita pasal salasilah keturunan kitorang di Kampung Laut, Kelantan. Banyak Poh sebut nama orang dulu-dulu. Nab Su, Cik Ngah, Wan Mat, Seli, Makcik Noh, dll. Rupanya almost sekampung tu ‘worih waroh’ (kerabat) kitorang. Macamana la supposedly nak kenal..

Poh cerita. Kitorang punya nenek sebelah Mok, orang Siam. “La ye ke..”. Datuk sebelah Mok, orang Kemboja (Champa). “Gitu pulak dah..”. (Pastu.. dari mana datangnya Kashmir dan Cina yang dikatakan selama ni? Dari diorang kut….)

Pastu, suami Poh pun ada sangkut paut jugak dengan keturunan sebelah Mok. Tukang jaga Harith (anak Poh) tu pun jadi waris jugak. Pastu ramai lagi orang yang kitorang contact selama ni for many purposes, rupanya waris kitorang. Hmm.. fail aku bab ni. Ntah ntah satu Kelantan ni waris aku. Hoho.

Tinggal keturunan sebelah Abah je yang belum diketahui sangat. Yang pasti, lebih ‘menarik’. Yang aku tahu, arwah Atuk pernah jadi musician. Pernah kerja dengan Jepun. Moyang-moyangnya orang Bugis. Bugis katanya hidung mancung, kening nipis. Tapi hidung Atuk ‘kepek’. Nenek sebelah Abah pulak, orang Jawa. Gigi jongang. Kitorang adik-beradik jongang sebab dapat dari nenek kut, wallahua’lam.

Sayang kitorang tak pandai cakap Siam, Kemboja, Bugis mahupun Jawa.

Poh kata, kadang-kadang kita rasa cara hidup orang tu sama dengan kita. Rasa ada kesamaan. Tengok-tengok, “laa jadi worih kito ni”. Subhanallah. Poh kata yang sebelah Mok ni ada satu sifat yang sama; ‘nnele’. Bersungguh-sungguh yang amat tinggi tapi pelik. Hidup banyak cabaran. Ya.

Keturunan sebelah Mok ramai yang berniaga. Rata-rata berpoligami dan cara hidup terlalu complicated. Satu saja yang mengindahkan; ilmu pengetahuan.

Lela cakap, “kalau awak nak keturunan awak pure dari keturunan Kampung Laut, pegi kawen dengan orang Mexican..tak pun African..Russian..bla bla”. Haha.

Menarik cakap-cakap pasal keturunan ni. Ada sikap kita yang sama dengan waris. Baru kita faham “oh..” ada trend tersendiri rupanya.

Taktahu lah apa motif post ni. Poh cerita, Nabi Musa a.s. pun, dengan Nabi Shu’aib a.s., ada salasilah yang sama. Walaupun diorang jumpa tu secara kebetulan, pastu kahwin dengan anak Nabi Shuaib a.s., diorang memang ada darah yang sama. Oh.

Nabi Muhammad s.a.w. bila diangkat darjat sebagai nabi, orang Bani Israil berdengki. Sebab selama ni keturunan diorang je yang jadi para nabi. Oh begitu rupanya pengajarannya. :) Eh, banyaklah pengajarannya.

Kinah kata, “saya tak suka membesar-besarkan keturunan”. Memang patut pun. Tapi, ada daya penarikan tersendiri. Pernah terfikir nak jumpa diorang semua dekat syurga?

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَاتَّبَعَتْهُمْ ذُرِّيَّتُهُم بِإِيمَانٍ أَلْحَقْنَا بِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَمَا أَلَتْنَاهُم مِّنْ عَمَلِهِم مِّن شَيْءٍ ۚ كُلُّ امْرِئٍ بِمَا كَسَبَ رَهِينٌ

(  سورة الطور  , At-tur, Chapter #52, Verse #21)

And those who believe and whose offspring follow them in Faith: to them shall We join their offspring, and We shall not decrease the reward of their deeds in anything. Every person is a pledge for that which he has earned.

Hmm, orang Kelantan memang ‘asabiah’. At least, dulu. Sekarang mungkin kurang sikit. Aku, kurang banyak. ^_^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s