Mungkinkah

hikmah itu adalah

apabila kau berjaya memilih

butir katamu setiap patah

apabila kau berjaya patuh

waktu mana ingin menyerah

dengan siapa perlu bergaduh

ke jiwa mana ingin mengaduh

Memang, hidup ini tiada gunanya bersangka-sangka yang bukan-bukan kepada orang. Tiada enaknya sama sekali mengejek-ejek dan mencemuh-cemuh. Tiada untungnya bermasam muka atau menconteng senyuman yang tidak ikhlas. Tiada indahnya berbalas-balas ayat yang kasar dan tajam. Semua ini tidak disukai oleh manusia yang mulia.

Tapi, harus kita sedar. Hidup tanpa pendirian itu seperi kapal yang tiada sauh. Tidak tahu ke mana menuju. Tidak kenal aliran air dan ombak. Angin dan bintang. Kalau dia mati dalam keadaan baik, baiklah dia. Kalau ketika itu dia sedang jahat, jawabnya sengsara. Harus disedari, dalam hidup ini pasti ada perkara yang kita suka. Pasti ada yang kita benci dan bantah. Jangan butakan matamu pada warna-warna kehidupan.

Apa yang menjadikan kita baik dan mulia? Adalah akhlak, yang kita belum reti. Ketika membenci, apa maksud membenci? Ketika membantah, apa maksud membantah? Ketika bersangka, apa maksud bersangka? Kalau jiwa dikotori dengan kelalaian dan takabbur, membenci bukan lagi kerana pembaikan. Membantah bukan lagi kerana pembaikan. Bersangka bukan lagi kerana pembaikan.

Seharusnya kita ada rasa rendah diri. Merendah dirilah dan janganlah sombong untuk membantah kepada yang layak dibantah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s