Baru pulang dari kelas taekwondo yang baru join tu. Alhamdulilah. Erk, pengalaman baru! Kelas campur gender. Nasib baik aku paling tua. Ada sorang budak laki tinggi, sekolah menengah. ‘Sengan’ dan malu. ‘Sengan-sengan’ pun, kuat juga aku sepak dia. Hmm, best main dengan budak-budak. So far aku dah kenal Mohan, Rivetta, Boboi, Marwan, Elisha dan Kavindesh. Betul ke eja ni pakai hentam je. Nama master aku tu Manimaran a/l Sugomaran. Tempat tu memang ramai orang India kut; Jalan Dusun Muda. Aku beli topup dekat stesen minyak tadi pun, orang India juga yang jaga kaunter.

Meh nak cerita satu perkara best. Aku memang la orang Kelantan kan, tapi ‘jakun’ juga bila dengar cerita pasal orang negeri sendiri, sebab banyak yang aku tak tahu. Orang Klate ni, takde bangsa India, Cina, Melayu. Semua sama je. Masa marah-marah, semua cakap “Ya Allah! Mung ni!” atau “La ilaha illallah”, walaupun dia bukan Islam. Ni contoh Sir cakap masa kelas tadi, terkesima aku dibuatnya. Hehe unik sungguh. Macam-macam lagi contoh, malas nak tulis.

Mencabar juga nak biasakan diri. Mujur uniform taekwondo ni jenis longgar. Tak malu pun nak kangkang masa stretching. Anyway, taqwa beb. Seperti berjalan di atas duri, kena pilih jalan yang selamat. Hari-hari pun berdosa, taubat menjadi prioriti utama. Sir tadi cakap, mungkin boleh jadi referee. Emm, referee pakai t-shirt dan seluar. Taknak haku. Anyway, they speak english at the centre and I like it. Ramai juga mak ayah yang tunggu sambil ‘tonton’ kitorang training. Aku duduk dekat sudut yang diorang tak nampak.

OK, chao dulu. Assalamualaikum.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s